Kalau tanya trader2 lama..masta..sifu...mereka akan nasihat anda untuk jaga MM...money management. Memang betul..tanpa money management akaun kita nanti akan terus kelautan pasifik....sebenarnya MM ni bukan untuk forex sahaja tapi dalam kehidupan harian kita...betul tak?
Untuk menjaga MM kita kena belajar untuk mengawal emosi dan perasaan kita. Emosilah yang akan menentukan kejayaan. Dalam trading ni.akan muncul pelbagai emosi..suka...duka...marah...merajuk...panik.gabra...semuanya ada.
Macam mana kita nak trade..membuat keputusan yang waras jika emosi dan perasaan kita tak tenang. Trader yang nak nak guna duit segera biasanya akan mengalami kerugian berbanding trader yang dah berduit. Betul tak?
Trader yang terkena MC atau cut loss sering terus mengalami kerugian sepanjang hari jika meneruskan trading....kekadang sikap dendam terus menjelma..mulalah mebesarkan saiz lot..kononnya nak kenakan broker atau nak cover balik yang rugi.
Merajuk kepada market? Ada ketika apabila trader asyik rugi..kita buy, market jatuh..kita sell, market naik...selepas tu cut loss....suasana begini mengakibatkan sesetengah trader merajuk....sampai satu tahap trader terus masuk post dengan post yang besar dengan kata2 keramat..."lantaklah ..nak ugi ke untung..."
Ada juga yang cepat panik....panik bila rugi dan mengelabah bila untung. Trade dengan nilai 10sen memang berbeza dgn $1.00. Emosi kita juga akan berbeza. Bila nilai 10sen...kalau floating loss 20pips baru -$2.00 tp bila kita trade dengan nilai $1.00 ..20pis dah floating loss -$20.00... Kekadang trader akan menjadi panik tengok floating yang banyak......terus cut loss tanpa mengkaji graft....kekadang2 market tu undur isi minyak sebelum meneruskan perjalanan.
Cuba ketepikan perasaan nak cepat kaya....trade hari ini nak untung beribu hari yang sama....cuba amalkan trade forex ni macam kita berkerja...
So emosi antara yang penting untuk dikawal selia...ditambat...dikurung... Jika berjaya mengawal emosi...insyaallah akan menjadi trader yang berjaya.
#jommorex...
Leave reply