Indicator

Indicator makna dari segi bahasa ialah pentunjuk kot...dalam forex pula membawa maksud sesuatu yang memberi bantuan/petunjuk arah market kepada trader...samada market bulllish atau bearish....nak buy atau nak sell....bila nak masuk order dan bila nak tutup order.... Itu fungsi indicator dalam forex.

Indicator menganalisa pasaran berdasarkan data-data yang telah berlaku.Hasil dari analisa tersebut maka terhasil ramalan signal apa yang akan berlaku. Itu sebab signal dari indicator agak lewat jika dibandingkan dari candlestick.

Sebab semua indicator mempunyai fungsi yang sama, terpulang kepada trader untuk memilih 1 atau beberapa indicator untuk digunakan. Didalam MT4, telah disediakan pelbagai indicator percuma untuk digunakan. Cuma  pilih je. 

MA + BB


Indicator berbayar? Memang ada trader @ otai yang menjual teknik/indicator yang mereka gunakan. Tapi tahukah anda ....kebanyakan indicator @ teknik @ sistem tersebut adalah gabungan  beberapa indicator yang percuma . Anda pun boleh mencipta indicator/teknik anda sendiri jika anda kenal dan kaji setiap indicator percuma yang ada didalam MT4.

Betul ke Indicator berbayar ini hebat? Susah nak dinyatakan sebab aku sendiri tak pernah membelinya... tapi yang pastinya tiada satu pun indicator yang 100% tepat. Cuma berhati2 dengan scammer.

Rakan trader pernah berkata....kalau betul indicator itu hebat...pastinya trader itu dah bergelar jutawan dr hasil tradingnya....takkan jutawan masih nak menyusahkan diri dengan mempromosi indicator?

Indicator ni macam Gps...Bila dah set GPS..kita wajib ikut jalan yang GPS tadi pilih sehingga sampai. Jangan pula ditengah perjalanan tetiba nak ikut gerak hati. Memang jem r...ntah sampai ntah sesat nanti.




Leave reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top