Support & Resistance

Suport & Resistance antara perkara paling asas dan amat penting dan wajib diketahui oleh semua trader... Dengan support & Resistance sebenarnya dah boleh trade dan menghasilkan duit.

Makna

Secara ringkas Support adalah suatu titik harga yang berada dibawah harga semasa manakala Resistance adalah suatu titik harga yang berada diatas harga semasa.

Resistance


Fungsi

Support & Resistance (S&R) bertindak sebagai penghalang pergerakan harga untuk terus naik atau turun. Adalah dipercayai  harga mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan apabila menghampirinya. Harga samada akan membuat u-turn atau meneruskan perjalanan bergantung kepada kekuatan sesuatu S&R tersebut...

Kekuatan

Kekerapan harga gagal di titik harga SR menunjukkan kekuatan sesuatu SR. Lagi banyak harga gagal lagi kuat SR tersebut...harga tak semestinya gagal tepat2 harga/garisan SR..maybe kurang maybe terlebih dari titik SR. Tu sebab kita sering terbaca " kawasan support/resistance".

Nak cari S & R

Untuk cari S &R ada beberapa cara...

1. Buka MT4..pilih graft TF yg agak besar seperti TF4H atau TF1D...tgk skrin semasa selepas tu tgk last failure harga kat bawah dan kat atas dari harga semasa. Itulah S&R yang terdekat. Untuk tau kekuatannya....buat garisan untuk menyenangkan. Selepas itu undurkan graf kebelakang...cuba tengok berapa banyakkah berlakunya kegagalan harga pada garisan tersebut....banyakkan latihan dan pasti anda akan mendapat SR yang tepat.

2. Setahu aku, terdapat formula untuk mencari  S&R...aku pun tak pernah guna.Bolehlah bertanya kepada mr Google.

3. Tanya Mr Google.....ada blog dan website yang menyediakan support & resistance secara percuma setiap hari...ambil dan tandakan pada graft je kat MT4.

Cara Trade

Ada sesetengah trade menggunakan SR ini sebagai Take Profit dan entry point. Jika harga gagal menembusi support bermakna BUY baru bermula dan sebaliknya pada resistance.....BUY disupport dan take profit di resistance.....sesetengah trader mengatakan harga akan mencuba beberapa kali sebelum betul2 buat u-turn.


Itulah secara ringkas pasal support & resistance yang aku boleh kongsi. Jika ada kesilapan sila tegur.

#Jommorex..



Leave reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top