Alahai Rebate

Lama aku tak update......sebab aku bercuti panjang...MC...hahahahaha. Sekarang ni aku tengah kompius nak trade kat broker mana....ni semua pasal rebate.

Sebagai trader kecil...semua diambil kira...janji duit. Boleh buat bayar bil-bil pun dah kira teramat ok. ...Aku tengok jumlah trade aku untuk bulan Januari 2016 tak banyak tapi rebatenya pun ok gak..

ok...ni rebate yang dibayar oleh salah seorang IB XM....IB ni bayar aku USD7.00/lot. Kiranya banyak dah tu... tu belum dicampur dengan loyalty programme dari XM lg.

** Loyaty Program ni sama macam rebate..setiap kali kita close trade, XM akan bagi kita point dari 5 - 20 point berdasarkan level semasa kita . sekarang level aku elite - 20 point/lot. XM bagi pilihan samada kita nak tuntut point tadi sebagai credit bonus atau cash....pengiraan jugak tak sama.

untuk claim sebagai credit bonus -> jumlah points dibahagi 3 .... untuk cash --> point/40......kalau pilih sebagai credit bonus....duit tadi just untuk trade sahaja tak boleh keluarkan.

so....secara kasarnya aku akan dapat rebate dalam USD13.60 r...( 7usd tunai dari IB dan USD6.60 dalam bentuk credit bonus).

Tapi bila aku compare...jumlah lot yang sama tu dengan rebate yang Instaforex....instaforex bagi Cash rebate USD15.00/lot terus ke akaun trading......dengan jumlah lot yang sama aku akan dapat  USD168.15.

dan jika guna rate yang sama RM3.90....maka rebate yang aku akan dapat dari insta adalah RM655.78.


Kelebihan XM adalah rebate dari IB ni dibayar sebulan sekali....so aku akan "nampak" la duit rebate tadi.......yang loyalty program tu terpulang kepada kita bila nak ambil....biasanya aku ambil bila aku mc.

Instaforex pula..rebate dibayar dalam masa 48jam..terus ke akaun trading....

aku mcm minat instaforex tapi server ye je ......xm tak ada reqoute...tu sebab aku guna xm. kalaulah server instaforex sehebat server xm...dah lama aku guna instaforex.


12/03/2016

Leave reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top